Thursday 17 March 2016

#aimankeumrah #1

Assalamualaikum!

Salam Sejahtera, salam baik-baik keatas semua. aicehhhh gitew gamaknyer! Hahahahah..

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencemarkan diri didunia untuk kemaruk dunia dan akhirat. Benar, siapa tak sudi menuju ke Syurga Allah, yedok? hiks

ok, terpaling syukur, buat siapa tahu aku telah pergi Umrah, ermmm jap! bakpo clishe sangat nih? lewlz. the end.

eh, bukan the end story ek, tapi ni haa sambung citer lagi. gitew

Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa aku selama beberapa tahun lepas, teringin sangat jasad dan rohani menjejakkan kaki ke dunia Saudi Arabia, Syukur weh syukur ya amat! Segalanya telah dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air. 

Alhamdulillah....

ermmm, kali ni aku tanak citer pengalaman kat sana, tp lebih kepada perkara apa aku dapat kat sana. faham tak apa aku cuba sampaikan? ermm tak faham? haaa tak lama dah tuh. tak lama dah.... tak lama dah nih, japg kat bawah baca slow2 okay? Heheheheh..

so, this is my trip to be there, Saudi Arabia till come back here, Malaysia.

MH 0150 KUL - JED : 1500 (01.03.2016)
MH 0151 JED - KUL : 2100 (13.03.2016)




ok. settle part nih. ayuh mulakan apa yang ingin ditamatkan kelak. hiks

1. Terlalu ramai!

dalam setiap waktu solat fardhu, eh jap... solat ada berapa woi? hurmmm fikirlah sendiri. takkan tak tahu pulak, lewlz. ok, sambung balik. setiap waktu solat mesti PENUH kat Masjid Nabawi, Madinah / Masjidil Al-Haram, Mekah. aku tak pernah tipu babe bab2 nih, memang patut pun dua2 masjid nih besar, sebab TERLALU RAMAI orang! Subuh? hurmm LAGI RAMAI dari waktu lain. 

so, masa first time solat subuh kat situ, agak terkejut jugaklah, terharu pon ada jugak. well, I can said, I'm one of the thousand people over here. *maaf klau inggeris teraboq* hehehehe.. 



suasana yang sangat seronok. itu sahaja aku boleh gambarkan. :)

2. Dapat Mengaji!

unexpected! takde lah aku terpikir nak mengaji kat Masjid Nabawi tuh, tapi ada sorang lokal ni, Umar, dia ajak aku mengaji bersama jemaah lain, *terpinga jugak ahhh* dan aku pun.... erm! setujulah sebab inikan pengalaman aku. Heheheheh.. Seronok! Sheikh Sulaiman, dari Afrika. Sheikh ni laa lead team mengaji. hurmmm, dia baca pon merdu sangat weh. Nak menangis aku dengar. Hahahahah! btw, nak mengaji ni, sapa2 pon boleh join dan ianya PERCUMA! Wuuuu seghonokkkk~


see, pelbagai bangsa join, tapi kami semua satu agama, ISLAM! and ada 1 part seronok kat sini, which means, akan ada beberapa anak kecil akan datang disetiap kumpulan mengaji untuk beri minuman kepada guru mengajar, ya Rabbi, comel je aku tengok gelagat dorang. Heheheheh.. sweet! 


semoga ia memberi manfaat dan syafaat kepada semua orang. Ameen :)

3. Baca Yaasin & Solat Jumaat.

Alhamdulillah, berbekalkan Al-Quran di Masjid Nabawi dan Masjidil Al-Haram, aku dapat baca Yaasin kat dua masjid nih. Salah satu impian aku jika dapat pegi ke sana. Riang sungguh di hati ini. aicehhh wah! hiks. HAHAHAH


dapat pulak baca malam Jumaat, hurmmm hati rasa gembira jer, Alhamdulillah, syukur. Hari Jumaat pulak, dapat solat Jumaat kat dua masjid nih, pon sama juga tercapai impian nak merasa solat kat dua tempat paling banyak rahmat dan syafaat-Nya. hati gembira, sentiasa bersyukur, tak putus2 masa dapat tahu berkesempatan solat disana. ya Rabbi~


gambaran suasana? tak terkata nikmatnya, tak terkata ramainya, tak terkata bahasanya. *sebab tak faham bahasa arab* maksud aku Kutbah tuh! Hahahaha! 

4. dapat buat Umrah!

hurmmm, part nih parok sikitlah! Hahahahah.. mana taknya, aku nih berkeadaan 'bersedia dalam tidak bersedia' sebenarnya. lewlz 


jadi, masa nak buat umrah tuh, hurmmm risau tu mmg maha tinggi lah citer dia, lol. then, just act like normal jelaa. dan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Syukur! this time, dapat buat 3 kali. not bad huh?! Hehehehe.. Pengalaman paling tak boleh lupalah, time buat Saei, sakit urat kaki jalan woi. Hahahahah.. tapi aku anggap tuh semua hikmah ntuk selesaikan Umrah.. Ameen.. :)


masa kat Tawaf pon, im still okay. not bad and maybe the best part ever sebab tak jemu pandang Ka'abah nih. serius. Pandang Ka'abah nih pon aku rasa penuh nikmat. hurmmm.

5. Air Zam Zam banyak kot! 

cerita mengenai nih mmg dari Zaman Nabi Ibrahim lagi, tapi kat sini aku nk bgtahu sesuatu buat mereka tak tahu. hurmmm apa dia? tengok nih.


nampak tak gambar kat atas, sebelah Ka'abah ada satu tempat (warna putih), disitu tempat dimana telaga Air Zam Zam diproses ntuk orang ramai. Jadi, ianya betul-betul bersebelahan Ka'abah. itu semua dulu. dulu punyer cerita weh.. sekarang?! Haaaa! Penuh dengan umat manusia, celah mana nk proses Air Zam Zam nyew. lewlz 


Sekarang telah berpindah. beberapa kilometer dari Masjidil Al-Haram, sebab? situkan tempat Tawaf, jadi tidaklah sesuai ntuk dijadiakn tempat proses Air Zam Zam. Hehehehe.. okay? paham tak? Hahahahah! so, kat sini memang takyah risau fasal air Zam Zam sebab merata diseluruh Masjidil Al-Haram. ke mana kau berjalan dalam masjid mesti akan jumpe. hurmmm BERKAT! 

so, kepala tak berapa nak mikior sangat skang nih, hurmmmm... 

ada lagi ceritanya, tunggu next post okay? boleh lah please :)

HAHAHAHAH! see ya!

No comments:

Post a Comment